Friday, July 11, 2014

Season Finale: Farewell


"Its been an honored being with u all... It was a memorable moment with them... That is the last word I say to them in my heart... KSKB where it start to place for me to change and accept human good deeds..."

  

-Finish induction and waiting for occupation maybe hardest task for them but they already confirm to be work as MINISTRY OF HEALTH RADIOGRAPHER- 


This all we had here...


-The last day comes with happiness date 17/6/2014-


-Haha before final exam OSCHE On May 2014- 

I hope to meet u all again... we have been together for long.. shared thought together... see u all again next time... K49 Goyang2.. X RAY SHOOTING-----

Monday, May 23, 2011

The Life Of Seinz Season 4 SP Edition: Liberation Of Friends And Scars


Dalam hidup ini bnyak sgt dugaan yg berlaku... Ia nya jadi lebih teruk sejak 3 tahun yang lalu... Ntah la kadang2 aku sendiri x boleh terima hakikat atau pn aku yang menipu diri sendiri... Apa pun secara konklusi nya aku boleh lihat aku sdg jatuh dgn perlahan lahan... bermula dengan persahabatan yg tiada jawapan... saya bingung ada suatu ayat yg berbunyi pada saya 'Saya suka awak juga tapi x lebih dari seorang kawan'... tp lepas 3 tahun apa yg saya lihat tiada lagi ayat kawan tu... mungkin dia sedang cuba menjauhi dari saya... saya sedar diri saya ni siapa... akhirnya baru saya faham kenapa seseorang itu boleh jadi jahat dan berlaku kejam pada orang lain... seseorang jadi mcm tu disebabkan tiada orang memahami nya malahan kehadirannya didunia juga tidak dirasai orang sekelilingnya... Tanpa aku sedari aku dh menuju ke arah yang xsepatutnya... tp aku msih boleh mngawalnya lg... tapi sampai bila.. sampai bila si Muhsin ni akan bertahan.. dia dh x sama mcm dulu... Muhsin ini semakin hari semakin hilang.... mungkin suatu hari nanti Muhsin x kenal mereka... Mereka pula menyalahkan Muhsin... Benda mcm ni mungkin akan berlaku... Ya Allah kembalikanlah Muhsin yang x pernah putus asa dan brsemangat 3 tahun dahulu... Ia nya bermula dengan seorang perempuan, dia mendapat semangat begitu yakin sewaktu dahulu... malah dia juga menjadi seseorang yang boleh diharap dan membantu rakan2 nya... seorang pemimpin yg dihormati... tapi sekarang... sejak perempuan tu lost contact tanapa sebab dia mula jatuh dgn perlahan... bermula dgn peristiwa dgn kawan lelaki nya yg mengatakan selama ni dia kawan baik dengan perempuan itu berlaku pada tahun 2009.. ketika itu aku hanya mampu diam dan melihat sahaja dengan hati yg sakit dan sedih... dia banyak berdoa... adakah ini ujian aku paling besar... kemudian selepas peristiwa itu bnyak kawan yg angkuh dgn masuk ke tempat pngajian masing2... masa tu aku dpt lihat tiada lagi makna kawan didunia ini... alhamdulilah aku msih ada lg 4 org sahabat yg setia walaupun aku susah... tp kawan baik diwaktu dulu sebelah meja dengan aku dh tiada lg.. aku nampak keangkuhan dalam diri manusia.. cepat sungguh dia berubah... aku telah dipilih jadi pmimpin di universiti tp aku x mampu sbb aku tiada sokongan apatah lg hilang seorg perempuan yg bagi aku semangat... semua sedang jatuh... pointer aku pun sedang jatuh... aku mcm hidup sorang2.. kwan2 pn semua dk jauh2... Aku ingin kembalikan diri aku dgn kembalikan perempuan tu.... masalahnya... mampukah... bagaimana aku harus mula... x pun ada kah ini takdir aku untuk jatuh dengan perlahan.... aku x mau perkara mcm tu berlaku mesti aku boleh bwat sesuatu... kenangan masa lalu per lu dikembalikan.. jgn ianya terbunuh... Aku berdoa pada tuhan agaknya kunci terletak pada perempuan itu.... Cinta mendalam aku.... Apa pn aku harap aku dapat kan perempuan tu... Ya Allah jgn lah seksa hati hamba mu ini... aku tidak memandang cinta atas nafsu tetapi aku memandang nya dgn akhlak... berilah aku peluang walaupun sbg seorg sahabat... sekian.... =)

Thursday, December 2, 2010

The Life Of Seinz Season 4: When Will People Understand Each Others..


Kali saya akan bercakap mngenai hubungan sesama manusia... Bayangkan harapan kita untuk menjalinkan hubungan semua orang.. Tapi kita cuba memahami mereka tp mereka tidak memahami kita.. Persoalan yg slalu timbul adakah benda itu brlaku kerana pendapat yg berbeza.. Adakah kita perlu bermusuhan untuk mencapai sesuatu matlamat... Bkankah matlamat itu dapat dicapai secara bersama... Kdg2 keikhlasan seseorg juga diragui apabila ketika kita ingin bersahabat... Tanpa disedari kita telah dipergunakan dgn tujuan tertentu... Adakah itu yg dikatakan sahabat... Dlm hidup ini juga tanpa disedari ramai org telah percaya kpd kita... Tp perlu ke kita khianati kepercayaan yg diberikan kpa kita... Apa yg saya lihat skrg ni mmg agak mangecewakan... Kdg2 mmg rasa mcm nk lari dari dunia mcm ni tp itulah realiti dunia... Melihat org yg tidak ada agama... Pergaduhan sesama umat... dan yg mnyedihkan perkara ini tidak dpt dielakkan... Dan apa yg saya rasa setelah x jumpa seorg sahabat atau rakan sejak 9 tahun lalu, saya ingat ia akan menyambut dengan baik.. Tp keangkuhan telah ada dalam diri manusia menyebabkan saya telah disingkirkan walaupun dia telah belajar tinggi smpai luar negara... Ia nya brtambah lg kekecewaan saya setelah saya menganggap dia sebagai idola saya kerana mempunyai ilmu agama yg tinggi dan mnyebabkan saya berubah.. Saya x minta apa2 pn.. apa yg saya minta hnyalah nilai sebuah persahabatan yg ingin saya jalin... Tp benda itu xkan berlaku... Hanya tuhan sahaja yg tahu...


Tuesday, October 5, 2010

Pelindung vs Perosak

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?


Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikuttrend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.


Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another. Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?


Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa ‘enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?


Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!


Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!


Wahai 1ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!


Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...


Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?

Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan 2husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?"

(Hadis riwayat lmam Muslim)

Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halalkan'? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.



Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.


Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"


Aku menjawab, "Ya, benar."

Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.

Rahsia bulan kelahiran

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

Wahai sahabatku yang kecewa


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…

Friday, October 1, 2010

Pelangi selepas hujan


Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam.

" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "

" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "

" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "

" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "

" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "

Jawabnya, SENANG.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.

" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "

Thursday, August 12, 2010

Tazkirah Diri Sendiri


kadang kita rasakan apa yang kita lakukan adalah demi untuk kebaikan semua dan ramai pihak. kadangkala kita juga rasakan kita adalah yang terbaik dan betul selalu. Tapi perlu kita sedari dan kita fahami, tak semua org dapat memahami kita dan merasakan apa yang kita lakukan untuk kebaikan bersama.
lihat pada penderitaan rasul saw dalam menyebarkan dakwah islam. sudah cukup untuk dijadikan teladan bagi kita pendokong dan penerus dakwah islam. jangan kita jadikan tidak setujuan orang ramai sebagai pelemah dalam kita meneruskan kerja yang telah rasul amanahkan.

adat orang yang mengikuti jalan dakwah, kadang di perli, di umpat, di kutuk belakang, tapi jadikan lah sirah rasul sebagai kekuatan, jadikan lah sunnah rasul sebagai teladan, jadikan alquran sebagai panduan supaya kita terus istiqamah dalam meneruskan amal ini...

ingatlah, kita menyarungkan pakaian suci. jangan sekali kita cemarkannya dengan dosa noda...

setiap kita adalah daie. dan setiap daie ada tanggungjawabnya. dan setiap tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu dilaksanakan, dan setiap amanah itu akan di persoalkan kelak...

moga kita beroleh manfaat bersama... doakan kesatuan kita bangun semula menegakkan syiar dalam diri manusia

Tuesday, May 11, 2010

The Life Of Seinz Season 1: Fate And New world


‘…. saya suka pada awak’ itulah ayat yg aku ungkapkan padanya tp dengan hati yg ikhlas dia mnjawab ‘saya pn skakan awk jgak tp x lebih dari seorg kawan’. Dgn mndgr ayat itu aku telah mnghilangkan diri dari smua org. Mngkin bg kamu semua dianggap suatu perkara yg mlucukan. Tp bg aku itu ialah suatu pkara yg payah dterima hakikat apatah lg telah mnyimpan perasaan itu selama 1 thn. Dgn msuk ke kolej perubatan diraja perak RCMP saya cuba belajar melupakannya . Brmula dgn sem yg baru aku telah aku telah bkenalan bbrapa org sahabat. Tetapi hidup di u ni merupakan cabaran yg besar kta x tahu sapa musuh n sapa kawan. Dgn niat yg btul aku cuba blajar brsungguh-sungguh tp men gak kdg2. Ktika di sana mmg la bnyak pmpuan kat U tp 1 pn aku x mmndam perasaan. Aku msih x dpt mlupakannya walaupn ak msih cntact ngan dia tp sbg seorg kwn. Tp ak rsa dia x layan aku ak pn x taw knapa ak ska kt dia. Shingga hari ni payah utk ak mlupakan. Kdg kta rasa cmburu kalo ad org len msj dia tp useless. Cerita smasa di U ak bnyak belajar n ikuti program sprt usrah. N pada sem dpan jugak ak jd AJK ISC. X bnyak yg aku nk cerita masa sem 1 nih tp pngalaman mnarik ak apabila p praktikal kat hspital n tgk mayat. P hspitai jmpa psakit mcm2 prangai smpai aku nk tgelak pn ada. Tp kalo tgk mayat aku sampai x lalu mkn dah la tgk organ, kpala org, kaki, betis mcm2 la. Apapn suatu pngalaman mnarik bg aku. Sori la kalo x paham aku ringkaskan ja. Tp persoalannya blh ka aku lupakan dia…………………………….